|
Ketibaan YB Dato' Shahirudin Ab.Moin(kiri) Suasana di bilik bersunat (kanan) |
PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI BAGI MASYRAKAT RAUB MERIAH
Ulu Gali, 6hb.September 2002. Program berkhatan beramai-ramai anjuran Pejabat Kesihatan Daerah
Raub memberi sumbangan besar kepada masyarakat di daerah ini. Seramai 64 orang kanak-kanak berumur 9-12 tahun dikhatankan
oleh 8 orang Pembantu Perubatan Dari Hospital & Kesihatan Raub.Program yang dirasmikan Oleh YB Dato Shahiruddin Ab Moin,
Adun Dong mendapat sambutan masyarakat setempat. Dalam ucapanya beliau menyentuh betapa perlu program sebegini diteruskan
sepanjang musim cuti dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat di daerah ini. Beliau juga berterima kasih tidak terhingga
kepada pentadbiran kesihatan di daerah ini.
Sementara itu ucapan Pegawai Kesihatan Daerah Raub, Dr.Iskandar B Ibrahim menegaskan program
ini akan diteruskan disetiap musim cuti persekolahan. Beliau juga menerangkan program ini sebenarnya adalah ikutan program
anjuran Jabatan Kesihatan yang dilangungkan peringkat negeri pada hari ini juga di Bentong dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang.
Sementara itu juga kanak-kanak yang dikhatankan gembira kerana mereka diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang.
KLINIK KESIHATAN TUKAR NAMA KEPADA POLIKLINIK MASYARAKAT
Raub,21/8/2002. Satu pekeliling dari kementerian kesihatan yang diedarkan kepada semua jabatan kesihatan
memaklumkan pertukaran nama tersebut, ini adalah kali ketiga Kementerian Kesihatan berbuat demikian, pada tahun 1997 nama
Pusat Kesihatan ditukarkan kepada Klinik Kesihatan.
|
Ketua Pengarah Kesihatan disambut oleh Pegawai Kanan JKNP |
Daerah Raub Bolot Anugerah Kecerian, Taman Terapuitik & Perkhidmatan Kaunter
Kuantan ,20/8/2002. Daerah Raub membolot hampir kesemua kategori pertandingan kecerian, Taman
Terapuitik & Perkhidmatan kaunter anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang diumumkan sempena Konvensyen KMK/QA dan
Inovasi 2002 di Hotel Vistana. Hospital Raub menjuarai pertandingan kecerian dan Taman Terapeuitik dalam kategori hospital
di negeri Pahang.Klinik Pergigian Raub mengekalkan juaranya buat kali kedua dengan perkdimatan kaunter terbaik manakala Klinik
Kesihatan Jeruas mendapat naib johan bagi kategori klinik kesihatan.Kesemua anugerah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan,
Tan Sri Dr.Mohd.Taha Arif.
Sementara itu pertandingan Inovasi dijuarai oleh PKD Kuantan, naib Johan Hospital Bentong dan
tempat ketiga dari Pergigian Jerantut.bagi KMK , hampir semua anugerah dibolot oleh HTAA Kuantan.
|
Sebahagian anngota Kesihatan Raub menjalani kursus asas komputer |
KELAB KOMPUTER PKDR ANJUR KURSUS ASAS KOMPUTER
Raub, 22hb.Julai,2002. Kelab Komputer PKDR telah mengadakan kursus asas komputer kepada anggota kesihatan .Kursus sehari
yang disertai 22 orang pada peringkat pertama ini memberi pendedahan mengenai asas fungsi komputer disamping diajar cara-cara
menggunakan aplikasi MS Excel dan P.Point.Dua orang fasilitator terlatih dari anggota kesihatan termasuklah Dr.Iskandar selaku
Pengerusi Kelab Komputer merangkap Pegawai Kesihatan Daerah. Menurut ketua penyelaras kursus yang juga seorang fasilitator,
Sdr.Zali Busu kursus sebegini akan diteruskan secara berkala untuk memberi ruang lebih ramai kepada anggota kesihatan memahami
teknologi ICT. Wartawan e-PKDR
|
YB Tengku Paris berarak mengiringi kanak-kanan untuk dikhatankan |
Jeruas, 28hb.Mei,2002. Program berkhatan beramai-ramai anjuran Pejabat Kesihatan Raub telah dilaksanakan dengan jayanya
di Klinik Kesihatan Jeruas, program yang diadakan atas iniasiatif Pegawai Kesihatan Daerah telah mendapat sambutan dari penduduk
setempat. Program ini dirasmikan oleh YB. Tengu Faris Tengku Razlan,ADUN Batu Talam, semasa ucapan aluanya meminta program
ini diadakan sepanjang musim cuti bagi kemudahan rakyat setempat, pada peringkat permulaan , serama 28 kanak-kanak berumur
8-12 tahun dikhatankan.Mereka sebelumnya diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang.
Menurut jurucakap program, En.N Selvaraj,program ini akan diteruskan bagi peringkat ke 2 tidak lama lagi.
YB Dato' Shahiruddin merasmikan Program Warga Usia Emas
HARI WARGA USIA EMAS MUKIM DONG DISAMBUT MERIAH
Dong, 30hb.Mac,2002. Sambutan hari warga usia emas peringkat Daerah Raub
disambut meriah. Dianggarkan 250 orang warga usia emas sekitar Mukim Dong Dan Ulu Dong sama-sama hadir memeriahkan program tersebut.Program ini yang diadakan di persekitaran bangunan Rehabilitasi Warga
Tua KK Dong yang mula beroperasi dengan anggran kos RM42,000 dirasmikan oleh YB Dato Shahiruddin Ab Moin, ADUN Dong.
Dalam ucapan perasmian beliau mengigatkan warga usia emas supaya menghargai
dan menggunakan segala kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan.beliau turut menyarankan pihak Pejabat Kesihatan Raub
meneruskan program seperti ini supaya dapat mengeratkan perhubungan antara masyarakat setempat.
Sementera itu Pegawai Kesihatan Daerah Raub, Dr.Iskandar B Ibrahim mengucapkan
terimakasih kepada semua warga uisa emas yang hadir dan wargakerja Pejabat Kesihatan Daerah
Raub yang bertungkuslumus menjayakan program ini. Wartawan e-PKDR
BERTUKAR ADALAH ASAMGARAM PEGAWAI KERAJAAN. KK Tersang, 6 Februari,2002. Bulan Februari ini menyaksikan beberapa pertukaran
anggota. Kakitangan KK Tersang juga tidak terkecuali, seorang Pemandu En.Abd.Rani Buyong akan bertukar ke KK Cheroh dan tempatnya
diganti oleh Kakitangan baru, Sdr.Abd.Rahim Abd.Rahman yang berasal dari Tg.Gemuk, Rompin. Seorang lagi Jururawat Desa, Mazlena
Karim akan bertukar ke Negeri Perak. Seperti biasanya jamuan bagi meraikan yang pergi dan yang baru tetap diadakan.KK
Tersang dengan persiapan ala kadar sempat mengadakan majlis tersebut yang turut diraikan oleh Peg.Perubatan KK Cheroh dan
Pegawai Pergigian Daerah Raub. E-PKDR mengucapkan selamat bertukar dan didoakan lebih cemerlang di tempat baru.
GOTONG ROYONG PERDANA PERLU DITERUSKAN. Lembah Klau, 26hb.Jan.2002. Program Gotong Royong Perdana anjuran KK L.Klau
telah berjaya di adakan hari ini. Kira-kira 40 orang kakitangan dari pelbagai unit kesihatan daerah Raub telah hadir. Seperti
biasanya bermula jam 8.00 pagi dimulakan dengan acara senamrobik, kemudiannya membersihkan kawasan persekitaran klinik, menanam
bunga, mengecat dan sebagainya. Walaupun program ini nampak mudah tetapi ianya patut diteruskan kerana ia dapat mengujudkan
satu keharmonian antara kakitangan yang berlainan unit. Walaupun satu wargakerja kesihatan daerah Raub, masih ramai yang
tidak mengenali satu sama lain. Dengan adanya program seumpama ini secara berkala, mudah-mudahan mengeratkan lagi silatulrahim
antara kita wargakerja Kesihatan Daerah Raub- Editor KK TERSANG, ANTARA FASILITI KESIHATAN TERSIBUK
DI DAERAH RAUB Raub 6hb.Jan.2002 (Isnin) KK Tersang adalah antara yang tersibuk apabila menerima kenaikan rawaan pesakit
luar yang begitu ketara. Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan melalui laman webnya bagi Edisi Januari 2002.Menurut laporan
tersebut unjuran kenaikan pesakit pada tahun 2001 adalah amat medadak, kenaikan 1633 (14.35%) berbanding tahun 2000. Kenaikan
ini adalah berpunca kemungkinannya kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan. Walaupun kekurangan anggota
perkhidmatan tetap dilaksanakan dan bebankerja ini terpaksa ditanggung.Faktor ekonomi yang menjejaskan peneroka juga menjadikan
klinik kerajaan menjadi tumpuan. Bagi unjuran bulanan tidak menampakkan apa-apa perubahan seperti tahun-tahun
sebelumnya. Sejumlah 13, 011 telah dirawat menjadikan purata sehari bekerja yang mendapatkan rawatan kira-kira 45 orang.
Bagi carta mengikut etnik kaum,kaum melayu masih mendominasi hampir 80% (12,741). Ini kerana majoriti kepundudukan
di perkampongan Felda. Statistik penduduk juga mendapati tiada kaum cina dan kaum ini hanya sekita 20 orang. Bagi orang asli
adalah penduduk dari perkampungan lain yang mejalanan kerja buruh ladang di kawasan ini. SUKA DUKA 2001 &
HARAPAN 2002 Catatan Meja Editor Tanpa disedari e-PKDR telah memasuki tahun ketigA penerbitannya, Segala
catatan untuk wargakerja PKDR terselit suka duka. Melihat kepada senario politik dan ekonomi negara dapatlah dimengerti erti
kepahitan oleh sesetengah golongan, namun begitu sebagai anggota awam seharusnya bersyukur kerana kerajaan telah memberi beberapa
insentif yang ketaranya kenaikan gaji 10% bagi januari 2002.Kaitangan awam harus meningkatkan kredebiliti dan semangat kerja
terutamnya aspek komunikasi dengan pelanggan. Harus diingat tanpa pelanggan siapalah kita! Wargakerja PKDR
tersentuh dengan pemergian 4 anggota pada tahun 2001, cukup mengejutkan, semuanya tersimpan dalam arkib e-PKDR. Kita juga
dikaluti Masalah ketua jabatan yang belum ada pegganti, namun kegembiraan warga PKDR juga menyingsing tabir, segalanya ada
tercatat untuk kenangan. Semoga Tahun 2002 ini memberi sinar harapan dan semangat kerja yang tinggi, tingkatkan
pengetahuan, tingatkan motivasi dan jangan lupa bersyukurlah pada kerajaan yang ada disamping meningtkan keimanan yang tinggi
terhadap yang Esa.Selamat Tahun Baru!- Ketua Editor
|