Perkhidmatan rawatan pesakit luar dilaksanakan DI 7 fasiliti klinik kesihatan dan 18 klinik desa,ianya dilaksanakan oleh
pegawai perubatan,pembantu perubatan & jururawat desa,ia adalah antara perkhidmatan terpenting dalam memberi khidmat untuk
masyarakat luar bandar.Antara objektif utamanya ialah: 1. Mengesan Penyakit di peringkat awal 2. Mengurangkan
kedatangan pesakit ringan ke hospital 3. Mengurankan beban keewangan pesakit 4. Membolehkan pesakit kronik menyambung
rawatan ditempat berhampiran 5. Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit....
Bagi unjuran kedatangan 2001 mengikut etnik, kaum melayu masih mendominasi dengan
kadar 75.16 % dari kedatangan 2001 yang berjumlah 71,080, ini diikuti dengan cina ( 14.28%), india (6.81%) dan lain-lain bangsa
(3.71%). KK Dong, Tersang dan Jeruas didominasi oleh kaum melayu kerana di fasilit tersebut kedatanganya melebihi 90%.
Dari segi kedatangan pesakit luar mengikut fasiliti kesihatan, KK Dong mendahului senarai tertinggi iaitu
16,107 (22.7%) dari keseluruhan kedatangan pesakit Daerah Raub 2001.KK Tersang juga menunjukkan kenaikan mendadak dengan 12,840
pesakit luar, diikuti KK Cheroh (12,329),KK U Gali (6,217)KK Jeruas (6,206), KK L.Klau (5,736) dan KK B.Fraser (3,248). Bagi
keseluruhan KD (18 KD)8,397.
Kadar kenaikan kedatangan pesakit luar bagi tahun 2001 meningkat sebanyak 3,3139 ( 4.62%) berbanding tahun
2000. Kenaikan 3.60% dari tahun 1999 ke 2000 seperti dalam laporan tahun 2000, dan kenaikan 4.62% tahun 2001 menunjukkan satu
kenaikan yang boleh dikira mendadak. Ini adalah berpunca dari kedatangan dari beberapa fasiliti kesihatan yang dikira amat
ketara, antaranya KK Tersang & KK Dong.Makluman ini juga menunjukkan perkhidmatan ini telah medapat sambutan yag lebih
baik dari masyarakat.
Dari segi penyakit yang dirawat, penyakit berkaitan saluran pernafasan merupakan penyakit yang terbanyak
untuk mendapatkan rawatan dengan mewakili 25,683 orang (36.2%) diikuti simtom penyakit yang sukar untuk dikenalpasti (10.14%),
Penyakit berkaitan kulit (51.19%) dan penyakit berkaitan sistem penghadaman (4.64%)
Oleh kerana Kesihatan Daerah Raub mempunyai program Klinik Diabetis disetiap fasiliti, setiap pesakit akan
didaftar secara sistemetik bagi memudahkan untuk menjalanankan klinik diabetis secara berkesan. Dari segi keseluruhan terdapat
431 pesakit berdaftar dengan KK Dong mewakili 29.5% pesakit diabetis berdaftar.
|