Pejabat Kesihatan Daerah Raub
Pengenalan/Lokasi
Home
Infokesihatan
Video Clip (New)
Kelab Komputer
Semasa 2002
Sidang Redaksi
Arkib 2001
Pembangunan
Pengenalan/Lokasi
Pegawai Kesihatan Daerah
Organisasi
Unit Pentadbiran
Klinik Desa
Poliklinik Masyarakat
Komen Anda
Link Menarik
Laporan Tahunan
Ucapan/Permintaan
Senarai K/Tangan
Aktiviti
Anugerah Harilahir
Nukilan Rasa
Berita Bergambar

pkdr3.jpg


Daerah Raub terletak di Pahang Barat yang bersempadan dengan Negeri Selangor, Negeri Perak, Daerah Lipis di utara, Daerah Jerantut & Temerloh di timur dan Daerah Bentong di selatan. Keluasannya 1,455 Km persegi (266,883 hektar) dengan keadaan topografi yang berbukit bukau.

Daerah Raub mempunyai 3 DUN ( Tras, Dong & Batu Talam ) yng terdiri dari 7 mukim ( Tras, Gali, Dong, Ulu Dong. Sega, Semantan Ulu & Batu Talam ) dengan 37 JKKK. Mempunyai 3 kawasan Felda (Tersang, Lembah Klau & Krau 1 ). 2 kawasan RTP ( Sg.Chalit & Sg.Klau) dan 20 POS orang Asli.

Pada perangkaan 1999 kependudukkannya berjumlah 87,886 yang terdiri dari pelbagai kaum ( Melayu 40%, Cina 35%, India 15% dan lain-Lain termasuk Orang Asli 10%).Kegiatan utamanya ialah pertanian.

Daerah Raub mempunyai beberapa destinasi pelancongan yang agak terkenal seperti Bukit Fraser, Jeram Besu, Lata Jarum, Pulau Cekas, Lata Lembek & Lata Berembun

Pejabat Kesihatan Raub terletak berhampiran pusat bandar Raub.Pejabat ini juga menempatkan Klinik Pergigian Daerah Raub dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak daerah Raub.

Mula beroperasi sekitar tahun 62 dan ianya dapat menafaatkan penduduk setempat termasuk dalam beberapa mukim. Bermula di bangunan majlis daerah pada tahun 1962 dengan Dr.Park In Yu sebagai Pegawai Kesihatan Daerah yang pertama.Mula berpindah ke kawasan sendiri pada tahun 1970.

Pentadbiranya meliputi 7 Klinik Kesihatan yang terletak di setiap ukim dan 16 Klinik Desa, tidak termasuk Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang terdapat di Bangunan Pejabat Kesihatan Daerah Raub.

pkd.jpg