Make your own free website on Tripod.com

Pejabat Kesihatan Daerah Raub
Prostar

Home

Berita Semasa
Pendahuluan
Pegawai Kesihatan Daerah
Organisasi
Unit Pentadbiran
Unit Inspektorat
Kesihatan Keluarga
Klinik Kesihatan
Komen Anda
Prostar
Link Menarik
Laporan Tahunan
Album
Contact Me
Senarai K/Tangan

Program Prostar Pejabat Kesihatan Daerah

PROSTAR

PROSTAR adalah singkatan daripada Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja, satu program pencegahan AIDS di kalangan Remaja yang akan dilaksanakan pada tahun 1996-2000.
LATARBELAKANG PROSTAR
Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS menyukarkan usaha untuk mengawal wabak AIDS. Di Malaysia, wabak AIDS telah mula mencapai ke satu tahap yang membimbangkan kerana bilangan kes yang dilaporkan setiap tahun terus meningkat secara drastik. .
Statistik HIV/AIDS yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih 50% daripada mereka telah dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja dan belia berusia di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV berkaitrapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu. Statistik di atas menunjukkan , 76% jangkitan HIV berlaku di kalangan penagih dadah dan 5% adalah melalui hubungan seks.
Gejala sosial dan keruntuhan moral di kalangan remaja yang boleh membawa perebakan HIV juga amat membimbangkan. Kajian tingkahlaku lepak dikalangan remaja yang telah dilaksanakan pada bulan Febuari 1994 mendapat 18% daripada 6,110 responden remaja kedua-dua jantina di seluruh Malaysia, dari bandar dan luar bandar telah mempunyai pengalaman melakukan hubungan seks bebas (75.1% berusia antara 16-21 tahun)
Masalah penyalahgunaan dadah yang kebanyakannya melibatkan golongan remaja telah sekian lama berlaku di Malaysia. Jumlah mereka yang telibat dengan dadah masih tetap bertambah dari tahun ke tahun. Contohnya pada tahun 1990, terdapat seramai 7,372 kes penagih baru tetapi meningkat kepada 13,140 kes penagih baru pada tahun1995.
Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukan lagi masalah AIDS. Memandangkan potensi untuk HIV merebak luas lagi di kalangan remaja di Malaysia adalah besar, maka sewajarnyalah langkah-langkah tambahan yang khusus untuk golongan remaja dijalankan.
OBJEKTIF
Untuk melahirkan golongan remaja yang bermaklumat, berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam menghadapi masalah sosial yang melanda remaja serta berusaha menanam sikap positif di kalangan remaja yang mengamalkan gaya hidup sihat tanpa AIDS.
Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan kawalannya.
Menanam sikap positif di kalangan remaja supaya menghindari tingngkahlaku berisiko tinggi yang boleh membawa kepada jangkitan HIV serta prihatin akan gojala sosial yang melanda remaja masa kini.
Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat berlandaskan nilai-nilai murni serta berusaha mempengaruhi remaja lain ke arah pengamalan cara hidup sihat dan bermoral.
Membentuk segolongan fasilitator berwibawa di kalangan remaja bagi mengerakkan dan mempengaruhi remaja lain agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS.
SASARAN
Kumpulan sasar bagi program ini ialah remaja dalam lingkungan umur 13-25 tahun. Ia dipilih memandangkan golongan ini merupakan golongan yang paling mudah terjebak ke dalam kancah penyakit sosial. Pada peringkat ini mereka sedang menentukan identiti dan mudah dipengaruhi oleh nilai dan tingkahlaku yang dianuti oleh rakan sebaya serta persekitaran mereka. Mereka terdiri daripada;
Pelajar sekolah menengah, maktab, kolej dan universiti.
Peserta rakan muda.
Badan-badan beruniform (Pengakap, Bulan Sabit Merah, St. John dll.)
Pekerja-pekerja kilang dll.
Tingkahlaku yang menjadi sasaran bagi program ini adalah hubungan seks tanpa nikah dan mengambil dadah secara suntikan, termasuklah;
Hubungan seks sebelum berkawin, seks dengan pelbagai pasangan (bebas), seks dengan pelacur, seks sejenis dan seks biseksual
Berkongsi jarum dan alat suntikan (pecagari)
STRATEGI
Bagi mencapai objektif program, strategi utama berikut digunakan;
Pengukuhan Kerjasama Pelbagai Agensi dengan melibatkan secara aktif dan berterusan pelbagai agensi dan masyarakat seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, badan-badan agama serta profesional dengan kumpulan sasar (remaja) dalam merancang, melaksana dan menilai program PROSTAR ini.
Penggunaan Komunikasi Secara intensif. Kaedah komunikasi interpersonal yang sesuai digunakan secara meluas di setiap peringkat seperti perbincangan kumpulan kecil, main peranan (role play), teknik memujuk dan lain-lain.Di samping itu, pelbagai media cetak dan elektronik digembeling untuk mempromosi program ini.
Latihan Fasilitator Rakansebaya . Fasilitator berwibawa akan dihasilkan melalui satu program latihan mengunakan modul latihan khas dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan citarasa remaja (berbentuk infotainment).
Penubuhan Kelab Prostar sebagai satu badan bukan kerajaan bagi mengembang dan meneruskan program pendidikan prostar di kalangan remaja diterajui oleh fasilitator rakansebaya.
Penyelidikan dan Penilaian secara berkala dan berterusan. Penilaian proses ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan dilakukan secara berterusan.
Penilaian impak ke atas tingkahlaku akan dijalankan melalui kajian terperinci secara berkala.
AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti bagi pengukuhan kerjasama pelbagai agensi.
Jawatankuasa penyelarasan AIDS sedia wujud di setiap peringkat digunakan bagi mengawasi pelaksanaan program ini. Maklumbalas serta perbincangan mengenai aktiviti PROSTAR akan dijadikan agenda tetap di dalam setiap mesyuarat jawatankuasa ini.
Seorang Pegawai Perantara (Liason Officer) dikenalpasti dari setiap agensi berkaitan (Pegawai di Kementerian/Pejabat Belia, Pendidikan, PIBG, badan-badan beruniform, badan korporat, kilang dan lain-lain) bagi;
Mengenalpasti fasilitator,
Mengenalpasti aktiviti-aktiviti sesuai didalam organisasi mereka bagi disisipkan aktiviti PROSTAR.
Mengawalselia perlaksanaan aktiviti PROSTAR didalam organisasi masing-masing.
Cawangan AIDS/STD, Jabatan Kesihatan Awam berfungsi sebagai pusat koordinasi bagi PROSTAR di peringkat kebangsaan disamping sebagai urusetia Jawatankuasa Penyelaras AIDS Kebangsaan sedia wujud dengan tugas- tugas berikut;
Menyelenggara daftar Pegawai Perantara serta organisasi terlibat.
Mendapatkan maklumbalas aktiviti-aktiviti serta penilaian.
Penilaian impak program secara berkala (kajian).
Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Negeri berfungsi sebagai pusat koordinasi program PROSTAR negeri untuk menyelia serta mendapatkan maklumbalas pelaksanaan program peringkat negeri.
Pegawai Kesihatan Daerah pula bertanggungjawab untuk menyelenggarakan daftar fasilitator, mengadakan latihan, menyelia dan mendapatkan maklumbalas pelaksanaan aktiviti PROSTAR.

Enter supporting content here