Pejabat Kesihatan Daerah Raub
Laporan Tahunan
Home
Infokesihatan
Video Clip (New)
Kelab Komputer
Semasa 2002
Sidang Redaksi
Arkib 2001
Pembangunan
Pengenalan/Lokasi
Pegawai Kesihatan Daerah
Organisasi
Unit Pentadbiran
Klinik Desa
Poliklinik Masyarakat
Komen Anda
Link Menarik
Laporan Tahunan
Ucapan/Permintaan
Senarai K/Tangan
Aktiviti
Anugerah Harilahir
Nukilan Rasa
Berita Bergambar

Laporan Perkhimatan Pesakit Luar Klinik-Klinik Kesihatan / Desa Daerah Raub tahun 2001.
Di Sediakan Oleh N.Selvaraj/Zali Busu
Pembantu Perubatan
Pejabat Kesihatan Daerah Raub

Perkhidmatan rawatan pesakit luar dilaksanakan DI 7 fasiliti klinik kesihatan dan 18 klinik desa,ianya dilaksanakan oleh pegawai perubatan,pembantu perubatan & jururawat desa,ia adalah antara perkhidmatan terpenting dalam memberi khidmat untuk masyarakat luar bandar.Antara objektif utamanya ialah:
1. Mengesan Penyakit di peringkat awal
2. Mengurangkan kedatangan pesakit ringan ke hospital
3. Mengurankan beban keewangan pesakit
4. Membolehkan pesakit kronik menyambung rawatan ditempat berhampiran
5. Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit....

pkdr3.jpg

Bagi unjuran kedatangan 2001 mengikut etnik, kaum melayu masih mendominasi dengan kadar 75.16 % dari kedatangan 2001 yang berjumlah 71,080, ini diikuti dengan cina ( 14.28%), india (6.81%) dan lain-lain bangsa (3.71%). KK Dong, Tersang dan Jeruas didominasi oleh kaum melayu kerana di fasilit tersebut kedatanganya melebihi 90%.

jplfasiliti.jpg

Dari segi kedatangan pesakit luar mengikut fasiliti kesihatan, KK Dong mendahului senarai tertinggi iaitu 16,107 (22.7%) dari keseluruhan kedatangan pesakit Daerah Raub 2001.KK Tersang juga menunjukkan kenaikan mendadak dengan 12,840 pesakit luar, diikuti KK Cheroh (12,329),KK U Gali (6,217)KK Jeruas (6,206), KK L.Klau (5,736) dan KK B.Fraser (3,248). Bagi keseluruhan KD (18 KD)8,397.

pkdr3.jpg

Kadar kenaikan kedatangan pesakit luar bagi tahun 2001 meningkat sebanyak 3,3139 ( 4.62%) berbanding tahun 2000. Kenaikan 3.60% dari tahun 1999 ke 2000 seperti dalam laporan tahun 2000, dan kenaikan 4.62% tahun 2001 menunjukkan satu kenaikan yang boleh dikira mendadak. Ini adalah berpunca dari kedatangan dari beberapa fasiliti kesihatan yang dikira amat ketara, antaranya KK Tersang & KK Dong.Makluman ini juga menunjukkan perkhidmatan ini telah medapat sambutan yag lebih baik dari masyarakat.

pkdr3.jpg

Dari segi penyakit yang dirawat, penyakit berkaitan saluran pernafasan merupakan penyakit yang terbanyak untuk mendapatkan rawatan dengan mewakili 25,683 orang (36.2%) diikuti simtom penyakit yang sukar untuk dikenalpasti (10.14%), Penyakit berkaitan kulit (51.19%) dan penyakit berkaitan sistem penghadaman (4.64%)

pkdr3.jpg

Oleh kerana Kesihatan Daerah Raub mempunyai program Klinik Diabetis disetiap fasiliti, setiap pesakit akan didaftar secara sistemetik bagi memudahkan untuk menjalanankan klinik diabetis secara berkesan. Dari segi keseluruhan terdapat 431 pesakit berdaftar dengan KK Dong mewakili 29.5% pesakit diabetis berdaftar.

Segalanya di e-PKDR