Pejabat Kesihatan Daerah Raub
Arkib 2001
Home
Infokesihatan
Video Clip (New)
Kelab Komputer
Semasa 2002
Sidang Redaksi
Arkib 2001
Pembangunan
Pengenalan/Lokasi
Pegawai Kesihatan Daerah
Organisasi
Unit Pentadbiran
Klinik Desa
Poliklinik Masyarakat
Komen Anda
Link Menarik
Laporan Tahunan
Ucapan/Permintaan
Senarai K/Tangan
Aktiviti
Anugerah Harilahir
Nukilan Rasa
Berita Bergambar

Antara aktiviti/program yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang tahun.

Dong, 3 Disember 2001: Seorang Jururawat Desa yang berkhidmat di Klinik Desa Gali Hilir, Raub, Selamiah Bt. Abd. Malek ,49 meninggal dunia pada 2 hb Disember 2001 akibat kanser payudara. Beliau yang telah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan sejak tahun 1997 meninggalkan 4 orang anak yang berumur 4 hingga 21 tahun.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan suami dan anak-anaknya di kuartes klinik yang didiaminya sejak tahun 1997. salam takziah -alfatihah

Raub.8 November 2001. Pasukan Goden Group yang mewakili Hospital/Kesihatan/Pergigian Daerah Raub telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan lompat tali untuk jantung.Acara lompat tali berirama dan gimnastrada adalah anjuran Kementerian Belia Dan Sukan bagi kategori belia terbuka.Acara yang berlangsung di Komplek Kementerian Kerjaraya Malaysia pada 3 dan 4 November.Mereka menerima piala,pingat,wang tunai dan sijil. Kumpulan ini mewaklili Jabatan Kesihatan Negeri Pahang setelah menjuarai peringkat negeri yang diadakan di Kuantan baru-baru ini.

Menurut laporan yang di e-mel kepada wartawan e-pkdr ketuanya Sdr.Mohd Yusri Yusof dan Wan Safuan Wan Kamarudin telah dicalonkan untuk mengikuti kursus intruktor kecergasab bil 2 tahap 1 di Rompin pada 11-15 November ini.

19hb.Okt.2001,Raub. Kursus Penjagaan (carer) Wargatua telah dijalankan pada 17hb.Okt untuk Sesi 1 dan 18.Okt untuk sesi 2.Seramai 60 peserta dalam pelbagai bidang paramedik telah hadir.Menurur setiausaha kursus En.N.Selvaraj, program ini juga melibatkan beberapa ahli NGO. Antara lain tujuannya memberi penerangan dan kaedah dalam penjagaan wargatua.Sementara itu semua Klinik Kesihatan akan menubuhkan jawatankuasa penjagan wargatua.

Lembah Klau, 22 Sept,2001. Satu program Kem Kesihatan Remaja anjuran Pejabat Kesihatan Raub telah diadakan. Pelbagai aktivit seperti senamrobik, ceramah kesihatan, ceramah motivasi dan sebagainya diadakan untuk mendedahkan remaja kepada suasana kehidupan yang lebih sempurna dah sihat. Turut hadir ialah Pegawai Kesihatan Daerah.

Raub, 5hb.Sept 2001: Kursus Fasilitator Kempen Cara Hidup Sihat 2001 bertemakan Kesihatan Keluarga bagi anggota kesihatan/hospital/pergigian yang dianjurkan bersama berlangsung selama dua hari.Mengikut jurucakap penganjur program ini terbahagi kepada dua kumpulan, kumpuln pertama seramai 30 peserta dan kedua yng di adakan pada 6/9/2001 seramai 30 peserta. Program ini dipenuhi dengan ceramah-ceramah berkenaan kesihatan keluarga yang berlangsung di Asaram Jururawat Hoapital Raub.

31Ogos, 2001 (Jumaat)
Sambutan Hari Merdeka di Padang Majlis Daerah Raub di adakan, wakil dari Pejabat Kesihatan telah menyertai perbarisan pada hari tersebut

30hb.Ogos,2001 ( Khamis )
Sambutan hari Tibi peringkat daerah Raub akan diadakan di KK Jeruas, menurut jurucakap jawatankuasa penganjur, pelbagai program telah diatur,ianya dijangka akan dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah.

25hb.Ogos,2001 (Sabtu)
Sambutan Hari Keluarga Peneroka Felda Tersang 3, pelbagai aturcara menarik telah diatur, KK Tersang telah diberi mandat untuk melaksanakan program pemeriksaan kesihatan dan pameran.Untuk lihat gambarsekiat aktiviti sila ke link ke KK Tersang web site.

11hb.Ogos.(Sabtu)
Pelancaran kempen pencegahan penyakit darah tinggi (Minggu Hipertensi- 11/8-17/8) berlangsusn di KK Tersang, beberapa program telah diatur termasuklah saringan pemeriksaan tekanan darah tinggi , senamrobik dan gotong-royong. Untuk melihat gambar-gambar pada hari berkenaan sila klik di menu aktiviti.


13hb.Julai,2001 Jumaat).
Sesuatu yang mengejutkan lagi melanda warga Pejabat Kesihatan Raub. Seorang lagi Pembantu Perubatan dari Klinik Kesihatan Lembah Klau telah kembali kerahmatullah. Mohd.Nor B Dol (46) yang telah bertugas di KK L.Klau hampir 16 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 9.00 pagi di Wad Lelaki Hospital Raub. Beliau sebelumnya tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit sehinggalah beliau mengadu sakit dada pada 11/7/2001 semasa dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat Pembantu Perubatan.Beliau meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak. Alfatihah.




Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd.Syarifuddin Mohd.Nor.Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Ulu Gali kerana kemalangan tragis pada 29/5/2001.Kemalangan tagis yang melibatkan kematian isteri & kedua mentuanya.Alfatihah!

pkdr3.jpg

Semangat Kesukanan yang tinggi! Pertandingan bolajaring antara unit-unit di Pejabat Kesihatan Daerah Raub bersempena dengan bulan kecergasan 2001


Jamuan Perpisahan Dr.Ahmad Nasir pada Jumaat 18.5/2001.Beliau akan bertugas di Pejabat Kesihatan Bera.Dr Johan Aref dari KK Cheroh akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran mulai 1.6.2001.

Pertandingan bolajaring antara unit telah dimenagi oleh pasukan Pentadbiran dengan mengalahkan Pasukan dari Dong di perlawana akhir. Sempena dengan program bulan kecergasan.

Bersempena dengan program kecergasan 2001, beberapa program peringakat daerah telah dilaksanakan.Program ini akan berterusan sepanjang tahun.

1.Pada 14/4/2001 bertempat di Perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah Raub mulai jam 7.45 pagi telah diadakan program senamrobik bagi anggota perkhidmatan kesihatan.Ramai kakitangan pejabat kesihatan/pergigian hadir.

2.Pada 21/4/2001 telah diadakan perlawalanan liga bolasepak peringkat daerah di Komplek Sukan Dong. 7 pasukan mengikut Unit telah bertanding.Tahniah kepada pasukan JKKK Dong (pasukan jemputan) yang menjadi Juara!

pkdr3.jpg

1.Penyerahan Pusat Bersalin Alternatif (ABC) KK Tersang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tarikh: 10/01/2001
Masa : 10.pp pagi
Tempat: KK Tersang
Program: Bacaan doa selamat dan jamuan ringa diikuti penyerahan kunci dari kontraktor kepada kementerian.Pegawai Kesihatan Daerah turut hadir.

2.Kursus Asas Komputer

Kursus untuk anggota perkhidmatan untuk memahirkan penggunaan MS Excel dan MS Power point akan dilaksanakan.

Tarikh: 16-17/Januari 2001
Tempat: Pejabat Kesihatan Raub.

Telah dilaksanakan dengan jayanya.Terimakasih kepada semua jawatankuasa,pengajar,peserta yang memberikan komitmen yang tinggi
Terimakasih dari Webmaster

pkdr3.jpg

Satu program Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk Perkembangan & Stimulasi kanak-Kanak,Intervensi Awal kanak-Kanak Keperluan Khas Dan Pengendalian Kanak-Kanak KZM telah diadakan pada 21hb.Febuari 2001 di Bilik Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Raub.Seramai 30 peserta dari kakitangan paramedik hadir.


Program Latihan Dalam Perkdidmatan Siri 2 bertajuk Malaria & Denggi,Diabetis,TB dan Kardiovaskular Screening telah diadakan pada 21hb.Mac,2001 di Pejabat Kesihatan Daerah Raub.Seramai 25 peserta kesihatan daerah raub menghadirinya.

Enter supporting content here